Entah-entah, Dato' Siti Nuhaliza tu sebenarnya pandai. Pandai gila.
Betul, memang semua orang dah tau dia tak pandai cakap orang putih. Siapa boleh lupa lawak Siti's Nipples. Semua orang yang aku kenal, bila lepas dengar cerita tu, terus tarik muka. Terus gelak besar. Terus tergolek dari sofa ke atas lantai sambil tepuk-tepuk lantai dengan tangan macam referee gusti WWF. Ayat standard semua orang, "OH MY GOD." Senang cerita, semua gelakkan dia.
Lepas tu pula, pendidikan dia setakat SPM saja. Itu pun Gred 3. Nanti dulu! Aku tahu, engkau mesti nak cakap dalam dunia ini banyak orang yang tak ada pendidikan, atau tak berpendidikan tinggi, mampu berjaya dalam hidup. Engkau mesti akan gunakan orang-orang dalam senarai orang-orang contoh ini - Bill Gates, Thomas Edison, Nabi Muhammad S.A.W, Sudirman, abang kawan sekolah menengah engkau, makcik sebelah bapa kau dan lain-lain lagi. Tapi, dalam zaman SPM 38 A1 sekarang nih, kalau engkau dapat aggregat 6 sekalipun, belum tentu engkau akan dipuja-puji, apatah lagi kalau engkau dapat setakat Gred 3 saja.
Sini mesti kamu semua ingat aku nak memperlekehkan Siti. Ataupun saja nak buka topik pasal Siti ini supaya orang lain boleh sambung dan seterusnya menjadikan Siti sebagai topik perbualan mingguan mereka sehingga mereka boleh buat Top Ten Embarassing Moments Of Siti Nurhaliza ala-ala David Letterman.
Sebenarnya, tak.
Memang betul, aku termasuk dalam orang-orang yang tarik muka itu. Orang-orang yang terus gelak besar sampai tergolek dari sofa mengilai-ngilai sebut "OH MY GOD!" Sebenarnya, sampai sekarang aku tak boleh percaya cerita itu. Bukan tak percaya, tapi tak boleh percaya.
Dan memang betul, aku pun tengah memikirkan pasal ke-bengap-an Siti dalam saat-saat fikiran aku merawak. Tapi sebab aku selalu sangat memikirkan Siti dalam ke-bengap-an dia lah tiba-tiba aku tersentak dan terfikir - dengan betul-betul serious dan bukan sambil gelak terbahak-bahak dengan orang lain - "Betul ke Siti ni?"
Cuba kamu semua tanya diri masing-masing soalan yang sama. Betul ke dia macam itu? kadang-kadang kalau difikirkan balik, memang tak masuk akal benda-benda bodoh yang dia pernah - atau allegedly - cakap.
Entah-entah, sebenarnya dia ini memang dah tahu kebanyakan penduduk Malaysiahopeless dan bodoh sebenarnya dan sebab dia ini sangat sinis orangnya (kadang-kadang orang-orang yang pandai ini sinis pendiriannya) - dan juga sebab dia macam dah bosan sangat - dia buat satu eksperimen sosial 10 tahun dimana dia mengorbakan dirinya, imejnya, privasi hidupnya dan juga maruah keluarganya (sedikit sebanyak) untuk mengkaji dan mengiyakan sendiri teorinya sendiri iaitu Penduduk Malaysia Ini Memang Tak Cultured Dan Shallow Serta Terlalu Materialistik Dan Tiada Jati Diri Yang Kukuh Dan Tegar Dalam Menghadapi Era Globalisasi.
Entah-entah, sekarang ini, dia tengah baca buku Leo Tolstoy War and Peace kedelapan kalinya sambil melayan album live Norah Jones sementara memuat turun lagu album-album lama Bob Dylan dalam iTunes melalui laptop Mac barunya manakala peminat-peminatnya serta pemberita-pemberita picisan yang dah tiada apa nak ditulis pasal Siti sedang asyik bergaduh pasal Siti dalam forum lowyat.net melalui PC-PC lembap yang penuh virus di ofis mereka.
Siapa gelakkan siapa sekarang?