Thursday, November 12, 2009

Buang Tebiat

Kenapa senang sangat nak buang tebiat?

Satu soalan yang paradox pada aku. Sebab jikalau kita sedang merujuk kepada betapa senangnya untuk kita meninggalkan tebiat-tebiat kita yang bagus-bagus, elok-elok, yang bermanfaat (yang memangnya ingin aku ketengahkan ini), memang betul soalan itu - sebab memang senang sangat.

Tapi kalau kita merujuk pula kepada maksud simpulan bahasa itu sendiri, iaitu seseorang yang berlakuan lain macam atau tidak seperti dirinya yang biasa maka jawapannya pula bertentangan - sebab memang bukan mudah.

Tengok ajal.

Jadi sekarang kenapa senang sangat nak buang tebiat, tapi kalau nak buat tebiat, sangatlah susah?

Dah berapa kali hati kita semua terdetik kepada diri kita sendiri, atau kita nyatakan kepada kawan-kawan kita ayat-ayat yang berbunyi seperti ini - "tular...aku dulu rajin baca suratkhabar, tapi sekarang nih dah kurang dah/tak baca dah..." diikuti dengan sebab-musabab kenapa tabiat itu sudah kita tinggalkan. Ada yang sangat jujur tentang sebab-musabab ini - malas, tak larat, penat - manakala ada pula yang agak berkias dan berahsia - "alaa...biasa lah...". Ada pula yang lebih gemar memberikan alasan - tak cukup masa, sibuk.

Tapi itu semua bukan tujuan nukilan ini.

Nukilan ini cuma ingin berkongsi satu persoalan, iaitu persoalan di atas, dan cuba menyingkap rahsia di sebalik fenomena kemanusiaan ini.

Kalau nak diikutkan Newton's Law - Every motion tends to stay in motion, unless acted upon an outside force.

Jadi kalau aku samakan tebiat kita yang telah kita tinggalkan itu dengan motion, maka persoalannya apakah outside force itu?

Iblis kah? (this would be too predictable an answer)
Peer pressure kah?
Family influence kah?

Ataupun - barangkali ini jawapan popular bagi mereka-mereka yang gemar berfikir - diri kita sendiri?

Aku pelik.

Kerana di sini pasti ramai yang telah menjawab persoalan di atas itu, samada dengan jawapan-jawapan yang aku senaraikan di atas ini, atau pun jawapan-jawapan lain yang lebih bernas dan profound dari jawapan-jawapan cliche aku di atas.

Siapakah yang cliche sebenarnya?

Sebab jawapan aku kepada persoalan di atas, yang merujuk kepada Newton's Law itu, bukanlah satu jawapan pun. Malah sebenarnya ianya merupakan satu soalan (I don't give a damn to "Don't answer a question with a question". Sorry).

Kenapa "unless" itu sentiasa saja ada?

No comments: